KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR INTAKE 4 MODUL 5 SESI 1 - PENGURUSAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK
12 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Ogos 2026, telah diadakan Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 5 bertajuk “Semaian Benih Terung”, bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas bermula dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.
Pembelajaran Mahir Pertanian Pintar minggu ini, peserta diberi pendedahan mengenai panduan teknikal yang lengkap mengenai pengurusan peringkat awal tanaman terung, bermula daripada pemilihan bahan semaian sehinggalah proses pindah tanam. Peserta akan mempelajari teknik penyediaan anak benih berkualiti menggunakan dulang semaian dan media yang tepat, spesifikasi infrastruktur rumah semaian yang ideal, serta prosedur pemindahan ke polibeg bagi meminimumkan stres pada tanaman. Selain itu, topik ini turut menekankan aspek penjagaan kritikal seperti pengurusan nutrisi (EC/pH), sistem sokongan fizikal (trellising), dan teknik pendebungaan manual untuk menjamin penghasilan buah yang optimum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: